Thursday 9 February 2012

The Message

Sempena menyambut Maulidur Rasul pada 5 Februari bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H, TV Al Hijrah telah menayangkan filem 'The Message (1997)'. Cerita yang ditayangkan selama lebih kurang tiga jam ini amat mendalam isi ceritanya.

The Message mengisahkan Nabi junjungan kita, Muhammad SAW, sebagai utusan Allah SWT dalam menyebarkan agama Islam yang bermula di Mekah, bermula dari pertapaan Rasulullah SAW di Gua Hirak sehinggalah ke khutbah terakhir Baginda. Berkisarkan dugaan dan tentangan yang diterima oleh Rasulullah, para sahabat serta umat-umat Islam terdahulu, filem ini boleh dianggap sebagai sebuah filem yang sangat baik. Terima kasih dan tahniah TV Al Hijrah kerana memberi peluang kepada kami mengingati akan pengorbanan Rasullullah SAW dalam menyampaikan amanat Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda.

No comments:

Post a Comment