Tuesday 14 February 2012

Live Viewing MU-LIV at D'Stall Corner

Satu perlawanan bola sepak  Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dengan Liverpool telah diadakan pada 11 Februari 2012 jam 8.45pm. Kaki Bola TV9 telah mengadakan siaran langsung dari D'Stall Corner Cafe, Kelana Jaya bersama Seelan Paul dan Keeran. Artis seperti Tomok turut hadir namun saya tidak nampak kelibat Faizal Tahir dan Neelofa seperti yang diwar-warkan akan hadir.

Pihak Liverbird Malaysia bertindak sebagai penganjur dengan kerjasama Pengurus D'Stall Corner yang sememangnya sudah terkenal di Lembah Klang. Tempat ini juga diberi jolokan Mini Anfield kerana ramai peminat bolasepak terutamanya penyokong-penyokong salah satu kelab bolasepak paling popular Liverpool berhimpun bagi menyaksikan perlawanan bolasepak sambil menikmati kelazatan makanan di D'Stall Corner.

Dewi dijemput hadir oleh salah seorang penyokong Liverpool untuk menonton bersama dan lebih kurang jam 5 petang kami telah tiba di lokasi. Sengaja kami datang awal untuk mendapat parkir. Setiba di sana kami melihat pemilik kedai, anak-anak buah serta ahli-ahli Liverbird sedang sibuk membuat persiapan. Ada yang sibuk memasang bendera Liverpool dan Manchester United, menyusun meja, memasang lampu dan alatan audio, mengumpul goodie bags dan sebagainya. Dewi terpegun dengan kesungguhan pihak penganjur dalam memastikan persiapan dilakukan sebaik mungkin walau pun keadaan sederhana.

Hujan yang turun dengan lebatnya pada petang itu tidak mematahkan semangat mereka. Orang awam perlahan-lahan membanjiri Mini Anfield untuk membeli tiket yang berharga RM13.00 beserta goodies dan cabutan bertuah. Setahu Dewi sebanyak 1000 tiket telah dikeluarkan.

Tahniah kepada Liverbird Malaysia dan D'Stall Corner Cafe kerana respon yang begitu hangat sekali. Dapat dilihat lautan manusia pada malam itu yang bermati-matian menyokong kelab masing-masing. Manchester United mendahului dua gol hasil usaha Rooney. Walau bagaimanapun, penyokong Liverpool tetap bersorak gembira apabila Luis Suarez berjaya mengubat luka penyokong Liverpool dengan menghadiahkan satu gol yang gagal diselamatkan penjaga gol Manchester United, De Gea.

No comments:

Post a Comment